Jumaat, 4 Februari 2011

Gong Xi Fa Chai

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shiang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

( mahathir )



PANGERAN KEPADA PASANGAN MOHAMAD BIN ISKANDAR DAN WAN TEMPAWAN BINTI WAN HANAFI INI, LAHIR PADA 20 DISEMBER 1925  DI RUMAH BERNOMBOR 18 , LORONG KILANG AIS , BERSEBELAHAN DENGAN JALAN PEGAWAI , SEBERANG PERAK , ALOR SETAR KEDAH .

ANAK BONGSU DARI 9 ADIK-BERADIK INI BERSEKOLAH DI SEKOLAH MELAYU SEBERANG PERAK PADA TAHUN 1930.
SELEPAS 2 TAHUN BELIAU KE GOVERNMENT ENGLISH SCHOOL ( KINI KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID )UNTUK PENGAJIAN MENENGAH DAN TAMAT DENGAN CEMERLANG PADA TAHUN 1945

1947 TUN DI TAWARKAN BIASISWA KEDAH UNTUK KE KING EDWARD VII COLLEGE OF MEDICINE SINGAPURA .

MENULIS MERUPAKAN MINAT CHE DET 
MENULIS UNTUK SUNDAY TIMES
" TUKANG KAYU " SALAH SATU AKTIVITI BELIAU
 __________________________________________________________________________________


KUALA LUMPUR 4 FEB— Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa Datuk Seri Najib Razak agar respons kepada kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Malaysia hanya milik orang Melayu dan kaum-kaum lain perlu menghormati kedaulatan orang Melayu negara ini.- malayinsid

TUN MENYERU , BANGSA BUKAN MELAYU MESTI MENERIMA KONSEP BANGSA MALAYSIA UNTUK MEMPERKUKUH PERPADUAN NASIONAL .
BERBALIK KEPADA SEJARAH TUN MENDAKWA NENEK MOYANG NEGARA INI MEMBERIKAN TARAF WARGANEGARA KEPADA CINA DAN INDIA ATAS SEBAB MEREKA MENGHARAPKAN KEDUA-DUA KOMUNITI ITU AKAN MENGHORMATI KEDAULATAN ORANG MELAYU .




SUDAH SETENGAH PENGGAL 1 MALAYSIA DI LAKSANAKAN

APA YANG RAKYAT FAHAM ?
BAGAIMANA PENERIMAAN RAKYAT?



" Dr Mahathir berkata gagasan 1 Malaysia dan Wawasan 2020 berbeza kerana beliau mahu mewujudkan satu identiti nasional yang bersifat inklusif." - malayinsid

“Apabila kita cakap mengenai 1 Malaysia, orang ramai bercakap mengenai kesaksamaan bagi semua kaum. Bagi Melayu ia bermakna menghapuskan sekolah-sekolah vernakular.-malayinsid

“Bagi orang Cina dan India pula, 1 Malaysia bermakna menghapuskan hak orang Melayu,” kata beliau.
- malayinsid