Khamis, 14 April 2011

SEJARAH SI LEGEND


THALABUL NUSRAH 

MERUPAKAN AKTIVITI PENTING DALAM MARHALAH KEDUA PERJUANGAN BAGINDA
KISAH INI HASIL NUKILAN DARI KITAB SIRAH 

KISAH INI MENCERITAKAN DAKWAH MEMERLUKAN 2 ASPEK :

1.MENDAPATKAN PERLINDUNGAN (HIMAYAH) SEHINGGA DAPAT MELAKUKAN AKTIVITI DAKWAH DALAM KEADAAN AMAN DAN TERLINDUNG

2.MENCAPAI TAMPUK PEMERINTAH DALAM RANGKA MENEGAKKAN DAULAH ISLAMIYAH  (NEGARA ISLAM) DAN MENERAPKAN HUKUM-HUKUM BERDASARKAN APA YANG TELAH DI TURUN OLEH ALLAH SWT DALAM KEHIDUPAN BERNEGARA DAN BERMASYARAKAT

Defi dakwah = menyeru  





PERJALANAN BERLIKU BAGINDA

1.BAGINDA MENYERU MANUSIA KE JALAN ALLAH , TETAPI TIDAK RAMAI YANG MENDENGAR SERUANNYA

2.KEBANYAKKAN PENGIKUT BAGINDA ADALAH DARI GOLONGAN MASYARAKAt BAWAHAN

3.APABILA BAGINDA MULA MEMPERKASA KEGIATAN DAKWAHNYA DENGAN MENGUMUMKAN SECARA TERBUKA MAKA PERATUS PENGIKUT MENINGKAT SEDIKIT

4.MAKA BAGINDA TELAH MENDAPAT TENTANGAN HEBAT DARI PARA BANGSAWAN DAN PARA PEMIMPIN YANG MERASAKAN KEDUDUKAN MEREKA TERANCAM

5.AKIBAT TENTANGAN DARI MASYARAKAT JAHILIAH DI MEKAH , SEGELINTIR ORANG ISLAM TELAH DI SEKSA , CERCA , DI ANIAYA , DISINGKIR DAN DI PULAUKAN

6.LANTAS BAGINDA TERPAKSA MENCARI PERLINDUNGAN UNTUK PENGIKUTNYA DENGAN MEMINTA BANTUAN "NEGUS" RAJA HABSYAH UNTUK MEMBENARKAN PENGIKUT-PENGIKUT BAGINDA BERHIJRAH KE NEGARA NYA.

7.NEGUS MENERIMA BAIK KEDATANGAN ORANG-ORANG ISLAM DAN TIDAK MEMBENARKAN MEREKA DI SERAHKAN PADA PIHAK BERKUASA MEKKAH



KHUTBAH TERAKHIR BAGINDA


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlahzakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

INI HANYA SEDIKIT KISAH PERJUANG NABI MUHAMMAD SAW.

SEMENJAK DUA MENJAK AKU MEMBACA KISAH SI LEGEND ORANG ISLAM INI
IAITU MUHAMMAD SAW

PERJALANAN YANG DI LALUI DAN SERUAN YANG DI LAKSANAKAN
REFLECT KEADAAN MALAYSIA KINI

APA YANG BERLAKU DI ZAMAN BAGINDA SEMUA KITA BOLEH LIHAT DI KOTA-KOTA MALAYSIA KINI

PENENTANGAN YANG BERLAKU DI ZAMAN BAGINDA SENJATA YANG DOMINAN WAKTU ZAMAN ITU ADALAH FITNAH

PENYEBARAN FITNAH DISAMPING KEKERASAN TERHADAP FIZIKAL INDIVIDU ADALAH MAINAN PENENTANG BAGINDA 



SEJARAH MEMANG BANYAK MENGAJAR 


TAK PAYAH P JAUH LA CARI SEJARAH KURT COBAIN KA JIM MORISSON KA HENDRIX KA ALIH-ALIH P BALIK JUMPA MUHAMMAD 

KAH KAH KAH


DARI KISAH MUHAMMAD INI APA YANG BOLEH AKU "DIGEST" IALAH :

EVERY HUMAN KIND HAVE THEIR OWN STORY
THE MR DIRECTOR IS "ONE"
TO END A STORY THE PROCESS IS BEAUTIFUL WHILE IT WERE A "ROCKY ROADS"
HOW WOULD WE KNOW THE ENDING IS GOOD OR BAD ?
WHICH HUMAN KNOW THE ANSWER ?
NO ONE!
BECAUSE TIME WILL TELL


THIS PLOT MADE BY "MAHA KARYA"