Khamis, 24 Mac 2011

Datuk Trio ( pelakon ka?)

PLOT TERBARU .

NEW STORY
NEW ACTOR
NEW ATTACK


  

AKU SUDAH MELIHAT PC DEPA 
3 KALI AKU TGK
LEBIH KURANG 35 MINIT

MULA-MULA STATEMENT DEPA ( RAHIM THAMBI CHIK )TAMPAK REAL 
SMOOTH AND STEADY
KENYATAAN YANG TIDAK TAMPAK BODOH NYA

AKU MULAI PERCAYA
WALAUPUN ADA SEDIKIT PERSONAL ATTACK (RAHIM THAMBI CHIK) TERHADAP DSAI
TAPI IT LOOK STEADY GOING

MIND AKU SUDAH TERPENGARUH
TAPI VIDEO BELUM TAMAT LAGI
PUNG PANG PUNG PANG DEPA LABUN

MINDTWISTED AKU DI BUATNYA DENGAN STATEMENT DEPA NI
SAMPAI KE MINIT 14.45 - 16.42 SUDAH TERUNGKAI SEDIKIT ROLE PLAY ATAU POLITIK GAME DEPA NI

KEPALA HOTAK AKU YANG UMPAMA LOMBU TADI SUDAH SEDAR DAN PERASAAN INGIN TAHU ABOUT THEIR ACT MAKIN MENJADI-JADI

KELONGGARAN LAKONAN TERLIHAT APABILA SESI Q&A
DI MINIT KE 16.55 HINGGA MINIT KE 35.10

SOALAN BANYAK DI AJUKAN PADA SI ESKAY NI.
TGK DIA JAWAB ADA YANG COOL ADA YANG LONGGAR
DEPA BANYAK TERPERANGKAP SEWAKTU SESI Q&A

SEWAKTU BERTALU-TALU SOALAN DI AJUKAN DI MINIT KE 25.06 (RAHIM THAMBI CHIK) TAMPAKKAN LAGI LAKONAN NYA

PADA MINIT KE 28.24 SILA DENGAR BETUL-BETUL SOALANNYA DAN LIHAT APA SI ESKAY JAWAB.

JAWAPAN NYA AGAK BUDUS DAN TIDAK KENA DENGAN SOALAN DI AJU DAN DIA HABAK "THINK ABOUT IT" 

MINIT KE 34.36 SOALAN BELUM HABIS DI JAWAB TAPI DEPA CUT OFF DAN FINISH THE PC

SI ESKAY MENYATAKAN 

-DIA JUGA KAWAN DSAI
-TAPE ITU ADA PADA DIA SAHAJA(ORG LAIN TADAK)
-DIA YANG "PICK IT UP" TAPE ITU
-DIA MENYATAKAN DIA BUKAN POLITICIAN
-DIA MEMBERI JAMINAN BAHAWA TAPE ITU TIDAK AKAN TERSEBAR
-DIA AKAN HAND OVER THE TAPE TO POLICE

PERSOALANNYA 

ESKAY MENYATAKAN DIA KAWAN LAMA DSAI DAN DIA BUKAN POLITICIAN

MAKA

JIKA DI LIHAT PERBUATANNYA YANG MENAYANGKAN VIDEO ITU PADA PIHAK MEDIA
MENUNJUKKAN IA TINDAKAN ATAS DASAR POLITIKAL INTEREST 

SEBAB APA AKU CAKAP BEGITU KERANA

DIA NI KAWAN LAMA DSAI DAN DIA ADA TAPE ITU KENAPA TIDAK DIA BAGI DSAI SENDIRI TENGOK DULU DAN UNTUK APA DIA SEBARKAN PADA MEDIA AT THE FIRST PLACE?

KATA BUKAN POLITICIAN DAN DIA KATA DIA KAWAN DSAI SEJAK 1997 LAGI
FOR WHAT BAGI VIDEO KAWAN HANG SENDIRI KAT MEDIA

SO IF I SAID DEPA NI ADA POLITIKAL INTEREST SETUJU?

KALAU AKU SENDIRI SEBELUM AKU NAK TAYANG KAN VIDEO SAHABAT AKU KAT SAPA-SAPA BAIK AKU BG DIA TGK DULU.

INI TERUS BAGI MEDIA
AND THEN BUAT PC NAMPAK GOYAH.

SIAPA YANG LOMBU AKAN PERCAYA LAKONAN DEPA NI SIAPA YANG ADA AKAL MANUSIA AKAN BERFIKIR DULU SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN

SILA AMBIL TAHU LATAR BELAKANG PELAKON DEPA INI DAHULU SEBELUM MEMBUAT APA-APA ANDAIAN


SILA LIHAT PC INI PAKAI MATA DAN KEPALA HOTAK ANDA 
SEKIAN TERIMA KASIH

















Rabu, 23 Mac 2011

ZALIM ?


THIS TYRANNY QUITE HEAVY 




TRAGEDI MEMALI JANGAN PERNAH DI LUPAKAN
JANGAN MEREKA MEMAAFKAN PEMBUNUHAN KEJAM ITU
DI MANAKAH KEADILAN UNTUK PARA SYUHADA INI
DIMANAKAH PEMBELAAN UNTUK MEREKA.......

Isnin, 21 Mac 2011

.TAIB. IRRELEVANT



30 TAHUN TAIB MEMEGANG JAWATAN KETUA MENTERI 
PELBAGAI PERSOALAN TENTANG HARTA KELUARGANYA TIDAK DI JAWAB

APA YANG BOLEH DI LIHAT?

1.RAKYAT PENDUDUK SARAWAK MASIH MENGALAMI KEMISKINAN
2.PEMBANGUNAN RAKYAT SARAWAK ITU SENDIRI DI LIHAT MASIH MUNDUR.
3.SEKTOR-SEKTOR BALAK YANG KIAN BOTAK.
4. 1.5 JUTA HEKTAR TANAH TELAH DI SAMUN OLEH SI TAIB 
(1.5 JUTA = 2 KALI BESAR NEGERI SELANGOR)



DENGAN MATA KEPALA ANDA SENDIRI MELIHAT DENGAN LOGIK AKAL PENDUDUK NYA MUNDUR & SENGSARA TAPI SI KETUA NYA HAPPY & SENANG-LENANG,SI TAIB NI UMPAMA "LIVE IN PARADISE " WHILE HIS PEOPLE STRUGGLE TO SURVIVE 

INI PEMIMPIN KA HOLLYWOOD SUPERSTAR SI TAIB NI ? ? ?


20 TAHUN LEPAS TAIB MAHMUD PERNAH MEMBUAT KENYATAAN INGIN BERUNDUR TAPI "ACTION" JE LEBIH
DAN
KINI TAMPAK WAYANG KULIT SI TAIB TENTANG ISU PENGUDURAN LEBIH KURANG MACAM 20 TAHUN LEPAS JUGAK.

JANGAN ESOK BN MENANG SI TAIB NI TAK JADI UNDUR PULAK.
UNTUK PENGUNDURAN SI TAIB NI MODUS OPERANDI NYA
PASTIKAN BN TIDAK MENANG.

SI PENGUNDI HANG PA PIKIAQ LA PAKAI OTAK 



YANG BELUM MENJADI ZOMBIE KG PISANG YANG DI MAKAN OTAK 
TERUSKAN JUANG ANDA DAN PILIH PEMIMPIN YANG TEPAT






Jumaat, 18 Mac 2011

Orang Original Yang Bijak Lagi tidak Benak



WAHAI ORANG-ORANG MELAYU YANG MASIH BUTA TULI DAN PEKAK BADAK ATAU BENAK

LIHAT LAH ORANG ASLI PUN DA PANDAI MENILAI.
ORANG ASLI YANG DUDUK HUTAN PUN BIJAK MENCARI MAKLUMAT.
ORANG ASLI YANG P MEMBURU PUN SUDAH CELIK AKAN POLITIK MALAYSIA INI.

MANA TARAF KAMU WAHAI ORANG MELAYU?
BANGKIT LA

JIKA KAMU PANDAI KAMU AKAN LIHAT SESUATU ITU SECARA MELUAS
CONTOH KAMU DI HIDANG DENGAN 1 CHANNEL SAHAJA.
MAKA JIKA KAMU DI TIPU KAMU PUN TATAU.
ITU NAMANYA BAHLUL KELABU ASAP

LIHAT LAH KEDUA BELAH PIHAK LEPAS ITU BARU MENILAI
BUKAN HANG TGK 1 CHANNEL SAJA THEN HANG PUNG PANG NI LA TU LA .

SI BENAK UBAH LA SIKAP ,HANG PA DI TIPU SAHAJA.
ORANG ASLI LAGI BIJAK SEKARANG.

SAHUT LA CABARAN INI DAN BANGKIT BUKAK BUKU BUKAK INTERNET BUKAK LA APA MEDIUM PUN MENGENAI POLITIK MALAYSIA INI.

SELAIN SIARAN TV SEDIA ADA INTERNET JUGA ADALAH MEDIUM YANG LAGI PADU TEPAT DAN LEKAT !

CUMA HANG KENA CARI DGN PANDAI.

"THE TRUTH IS OUT THERE"

Soal Pengeboman Altantuya

ISU INI BAGI AKU IA ADALAH PENTING DAN PATUT DI AMBIL TAHU OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA
INI KERANA ISU INI BERKAITAN DENGAN PEMIMPIN KITA SENDIRI IAITU PM MALAYSIA DS NAJIB.


PERTAMANYA RAZAK BAGINDA DI KAMBING HITAM KAN
RAZAK BAGINDA INI ADALAH KAWAN RAPAT NAJIB MAKA TINDAKAN SI CILIK ADALAH UNTUK "TWIST THE FACT"

LANTAS

MAHKAMAH MENYATAKAN BAHAWA PEMBUNUHAN ITU DI LAKSANAKAN OLEH SIRUL & AZILAH 

DAN MEREKA DI JATUHKAN HUKUMAN MATI.




JIKA PERBUATAN INI DI LAKUKAN SIRUL DAN AZILAH

PERSOALANNYA :

1.APA TUJUAN MEREKA BUNUH ? WAL HAL DEPA PUN TAK PENAH SEMBANG DGN ALTANTUYA.

2.ALTANTUYA BERTEMU NAJIB & RAZAK BAGINDA ATAS URUSAN (SEKIAN-SEKIAN), MAKA ALTANTUYA INI TIADA KEPENTINGAN PUN UNTUK SIRUL DAN AZILAH DAN PERTEMUAN NAJIB DAN ALTANTUYA TIADA SANGKUT PAUT PUN PADA SIRUL DAN AZILAH

3.BOM C4 ADALAH SATU ALAT YANG (CLASS TINGGI) MAKA UNTUK MENGELUARKAN SENJATA SEPERTI ITU IA PERLU DI "APPROVED" OLEH MENTERI PERTAHANAN.
INI ADALAH PROSUDER MILITARY.
PADA WAKTU ITU SIAPA MENTERI PERTAHANAN KALAU TIDAK NAJIB TUN RAZAK .
MAKA SOAL C4 INI DI BAWA KELUAR NAJIB TAHU LAH TAPI APA TUJUAN NYA DIA APPROVED KAN C4 ITU KELUAR? MALAYSIA TADAK MAU PERANG PUN, MALAYSIA AMAN SEJAHTERA MAKA UNTUK APA C4 ITU DI KELUARKAN?

4.JIKA INGIN BUNUH ORANG PUN , MENGAPA SAMPAI PAKAI BOM C4?
RUGI LAH SENJATA HEBAT ITU DI GUNAKAN UNTUK BUNUH SEORANG SAJA WAL HAL IA BOLEH DI GUNAKAN UNTUK PERANG .
JIKA DI FIKIR-FIKIR , HASIL DARI PEMBUNUHAN C4 INI IA TIDAK MENINGGALKAN KESAN BUKTI KERANA HANCUR BERKECAI-BERAI SI ALTANTUYA ITU HINGGAKAN MENJADI HABUK DEBU , MAKA KESAN BUKTI ITU DI LUPUT SERTA MERTA DENGAN MENGGUNAKAN BOM SEDEMIKIAN.



MAT ZAIN BIN IBRAHIM BEKAS PEGAWAI KANAN PDRM

DIA TIDAK SANGGUP LAGI MEMIKUL DOSA BERSEKONGKOL DAN MENJADI BARUA BANGSAT-BANGSAT DI DALAM UMNO .

BUKTINYA :

Nama saya Mat Zain bin Ibrahim seorang pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) G/5776. Jawatan akhir saya ialah sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur yang saya sandang sejak Disember 1998 sehingga bersara pilihan sendiripada akhir 2001. Saya lebih dikenali sebagai Ketua Pegawai Penyiasat kes“Mata-Lebam” satu insiden bersejarah dimana bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibelasah oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor (kes yang akan turut saya sentuh dalam Surat Terbuka ini kerana kaitannya dengan penulisan Datin dalamBuku Tersebut).
3. Mungkin tidak ramai yang perasan, (termasuk Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang sedang berkhidmat mahupun yang seangkatan dengan saya dan telah bersara) bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur saya juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr.Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala
Lumpur, pada 12 Jun 2000.Saya akan dedahkan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang Polis temui dalam penyiasatan kes ini dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul nanti.
3.1. Untuk makluman Datin, selain daripada dua kes berprofil tinggi yang saya sebutkan diatas,saya juga adalah Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kesemua empat (4) laporan Polis yang dibuat oleh DSAI diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999 ( ketika DSAI dalam penjara Sungai Buloh) berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan
menghalang proses undang-undang terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara). Laporan-laporan yang dibuat oleh DSAI ini adalah bersangkutan dengan penyiasatan dakwaan penyelewengan dan kesalahan rasuah melibatkan Tun Daim Zainuddin,Datuk Seri Rafidah Aziz (kini Tan Sri Rafidah),Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Eric Chia (mendiang).
PELANCARAN BUKU TERSEBUT.
4. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin yang berjaya menghasilkan suatu percetakan  berkualiti tinggi Buku Tersebut. Sebenarnya saya telah mengetahui mengenai pelancaran Buku Tersebut menerusi laman blog Din Merican pada 26 July 2010. Namun saya hanya berkesempatan membelinya di-Bookstore MPH, The Great Eastern Mall, beberapa hari sebelum Eidul Fitri ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama keluarga disalah sebuah restoran disitu. Untuk makluman Datin, saya tidak pernah mengenali Din Merican walaupun beliau sering menyebut nama saya dalam rencana-rencana beliau lebih-lebih lagi apabila membuat liputan berkaitan perbicaraan kes Datuk Ramli Yusuff, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil PDRM, dan juga seorang Peguam Rosli Dahlan. Sepertimana juga saya tidak pernah menemui atau berkenalan dengan Datin dan Dato Shafee Yahaya sendiri, saya juga tidak pernah kenal atau menemui Din Merican ataupun Peguam Rosli Dahlan walaupun Datuk Ramli Yusuff adalah sahabat saya yang saya kenali sejak dalam PDRM.
SURAT TERBUKA INI.
5. Saya berharap Datin terima bahawa saya tidak sekali-kali berhasrat untuk mempertikaikan, jauh sekali untuk memperkecilkan sejarah hidup Dato Shafee yang gemilang daripada seorang “Estate Boy to ACA Chief”. Tumpuan saya adalah terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam Bab 11,12 dan 13 Buku Tersebut oleh kerana ianya berkaitan dengan saya secara peribadi. Sama ada secara langsung ataupun menerusi pihak ketiga antaranya, Datuk Param
Cumaraswamy atau pun Kim Quek (sepertimana terkandung dalam muka surat 273 hingga 287), Datin telah meyoal “What happened to the probe on Dr. Mahathir?”. Jika diselidik rekod PDRM berkaitan penyiasatan kes ini, ianya akan menjurus kepada saya oleh kerana saya adalah KJSJ Kuala Lumpur ketika itu, yang bertindak selaku Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes tersebut. Adalah tidak adil kepada PDRM khasnya sekiranya saya berdiam diri kerana saya tahu perkara yang sebanarnya. Meminjam salah satu quotation yang Datin gunakan dalam Buku Tersebut; ”And mix not truth with falsehood,n or conceal the truth while you know (the truth)” Surah Al
Baqarah 2:24. saya akan berasa bersalah kepada PDRM dan juga kepada isteri dan anak-anak dan cucu-cucu saya jika saya tidak tampil menjelaskan perkara sebenar.

Laporan kepada YDH DIG Tan Sri Ismail Hj.Omar, atas sifat Timbalan Ketua Polis Negara (kini Ketua Polis Negara) dengan salinan kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
6. Sambil itu saya ingin Datin ketahui bahawa sebelum terbitnya Buku Tersebut saya ada mengemukakan satu laporan bertarikh 6 hb.Mei 2010 atas tajuk“Dakwaan Pemalsuan Keterangan Dalam Siasatan Insiden Mata-Lebam 1998 Berkaitan Kecederaan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) Ketika Dalam Tahanan Lokap Polis Bukit Aman:- Penyemakan Semula” yang dialamatkan persendirian kepada YDH Tan Sri Ismail Omar ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara dengan salinannya dialamatkan persendirian kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan menerima surat saya berkenaan itu menerusi surat peribadi beliau kepada saya bertarikh 21hb Mei 2010.
6.1. Secara kebetulan  dalam laporan saya tersebut itu, antara lainnya, saya telah menyentuh berkaitan penyiasatan terhadap Tun Mahathir, yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya. Dalam Surat Terbuka ini, saya akan menyentuh sedikit sebanyak kandungan laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar itu bilamana berkenaan.

INI SEDIKIT SEDUTAN DARI SURAT PANJANG YANG DIKIRIM OLEH MAT ZAIN IBRAHIM BEKAS PEGAWAI KANAN PDRM BERPANGKAT SAC II.


WAHAI ORANG-ORANG MALAYSIA .
CUBA LAH ANDA FIKIRKAN SESUATU DENGAN MENGGUNAKAN AKAL SENDIRI DARI MENGIKUT TELUNJUK ORANG SAHAJA.

BERFIKIR DENGAN AKAL SENDIRI BUKAN MENGIKUT APA SAHAJA YANG DI UTARAKAN TANPA BERFIKIR LOGIKNYA.

MALU AKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA JIKA PM AKU DI TUDUH MELAKUKAN DEMIKIAN TETAPI BERDIAM DIRI TANPA "STAND FOR YOURSELF"WAL HAL BUKTI NYA KUKUH MENUNJUKKAN PM YANG MEMPUNYAI ALIBI PENGEBOMAN INI.(ALIBI INI MUNGKIN JUGA ADA PADA ROSMAH)

"BERANI KERANA BENAR" ITU TADAK PADA PM

RENUNG KAN LAH SOAL PEMBUNUHAN INI DARI AKAL HANG PA SENDIRI DAN LIHAT LAH KENYATAAN MAHKAMAH YANG MEMPERALAT KEADILAN ITU SENDIRI.


SEMUA INI TIDAK AKAN DATANG SECARA TIBA-TIBA 
SENANG CERITA 
WHO IS MALAYSIA NO 1?
WHO GOT THE POWER TO DO ANYTHING IN MALAYSIA?
WHO CAN PUPPET THE PDRM AND HIGH COURT?
WHO CAN TAKE OUT A WEAPON FROM MILITARY?


YOU AS A HUMAN BEING IF YOU SEE A TYRANNY BEHAVIOR WHAT YOU SHOULD DO ?

LIHAT SAJA JE KA???????

THINK ABOUT IT! 







Rabu, 16 Mac 2011

Orang Paling Original Di Malaysia

Bercakap pada sidang akhbar bersama dengan Majlis Peguam, penyelaras Rangkaian Orang Asli Semenajung Malaysia, Tijah Yok Chopil mahu Najib membuktikan bahawa slogan 1Malaysia bukan sekadar propaganda.-mk


"Saya tuntut 'perdana menteri 1Malaysia' beritahu orang seperti (Mahathir) itu berhenti berlaku sedemikian yang hanya akan menimbulkan kemarahan kami,” -Tijah Yok Chopil



ORANG ASLI MAHU NAJIB NYATAKAN HAK MEREKA DI ATAS KENYATAAN TUN BERBUNYI “Orang Asli cuma rakyat biasa kerana rakyat asal adalah Melayu”. 

LOGIKNYA ORANG ASLI JUGA ADALAH RAKYAT MALAYSIA DAN BN JUANGKAN 1 MALAYSIA, TETAPI ORANG ASLI INI BN BUAT MAIN-MAIN SAHAJA.


"Kami tidak pernah meminta lebih daripada apa yang memang hak kami atau pun pernah menyentuh mana-mana keistimewaan kaum lain di Malaysia.-mk

“Kami tidak pernah menuntut seluruh kepulauan / bumi Malaysia atau Semenajung Malaysia ini diserahkan kembali kepada kami.-mk

Kami juga tidak pernah meminta mana-mana kaum mengagungkan kami sebagai bangsa yang teristimewa di negara ini,” katanya.-mk

Bagi presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee, selain 'dihina', kenyataan Mahathir itu juga adalah salah dari segi undang-undang mahupun moral.-mk


SEBELUM TANAH MELAYU INI KENAL "LAMPU MINYAK TANAH"
ORANG ASLI INI SUDAH MENETAP DULU DI BUMI MALAYSIA
MEREKA ADALAH KAUM YANG PALING LAMA MENETAP DI BUMI TANAH MALAYSIA INI 
"ORIGINAL FROM MALAYSIA"


ORANG ASLI PUN SUDAH CELIK 
PADA MELAYU YANG MASIH BENAK DAN BUTA TULI MALU LA SIKIT 
ORANG DUDUK HUTAN PUN CELIK NI HANG PA DUDUK DI BANDAR DAN LUAR BANDAR MASIH BUTA TULI PEKAK BADAK.



Selasa, 15 Mac 2011

HUJAN



Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan memberikan penjelasan terperinci kepada rakyat berhubung kesan letupan ketiga di loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi di Jepun.-mk


TAHAP RADIASI MENINGKAT 400 KALI GANDA DI FUKUSHIMA DAIICHI
HASIL TIUPAN ANGIN PERLAHAN AKAN MEMBERI KESAN KEPADA KYOTO DAN TOKYO

KESAN RADIASI KEPADA MANUSIA DI LAPORKAN BOLEH MENGANCAM KESIHATAN 


MAKA ADAKAH KERAJAAN SUDAH MENGAMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA DEMI KESELAMATAN RAKYAT?


SECARA LOGIKNYA PENCEMARAN UDARA RADIASI FUKUSHIMA DAIICHI INI AKAN SAMPAI KE MALAYSIA 

OLEH ITU MALAYSIA BAKAL DILANDA HUJAN ACID FUKUSHIMA 

HARAPAN KAMI AGAR KERAJAAN PUSAT SILA MENERANGKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA AGAR KESELAMATAN RAKYAT TERJAMIN .



"sediakan payung sebelum hujan"
atau
"nasi sudah menjadi bubur"








pom

Poem from A from
title : Revolt and Unite

hush hush you rat ,
the more you stay the more you fat ,
runaway you big cat ,
you foolish around with our money in your beg ,

A leader you are .
you make us raw ,
a cheater we choose .
will make our country loose ,

Revolt and unite,
there should we going ,
no 3 no 2 just 1 we heading ,
take away your skin , fulfill your heart
there is no racisms then we are unite 


REVOLT & UNITE

  

Isnin, 14 Mac 2011

OH YEZ


FIESTA OH YEZ ANJURAN BRIDGET AMAL HULU SELANGOR ( AMK HULU SELANGOR ) . BERLANSUNG DI BANDAR KUALA KUBU BARU PADA 12 HINGGA 20 MAC YANG DI RASMIKAN OLEH TSKI .

AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG 9 HARI INI ADALAH PAINTBALL , FUTSAL PADANG , BIG BIKERS SHOW , SERTA MINI KONSERT ANTARA ARTIS JEMPUTAN AMY SEARCH , ANA RAFALLI , DAN AIZAT .

ACARA PAINTBALL JUGA DI SERTAI KUMPULAN DARI LUAR NEGARA UNTUK MEMERIAHKAN LAGI ATURCARA OH YEZ.

FIESTA OH YEZ INI HASIL DARI BANTUAN AMK HULU SELANGOR UNTUK MELAKSANAKAN SILATURRAHIM ANTARA RAKYAT .



-terima kasih pada Mohd Hafiz Naib Ketua Amk Hulu Selangor kerana memberi info.

Jumaat, 11 Mac 2011

wawancara 1 bersama PEJUANG HAK ORANG FELDA

MOHD HAFIZ NAIB KETUA AMK CABANG HULU SELANGOR

SELEPAS AKU WAWANCARA DENGAN KETUA AMK CABANG HULU SELANGOR INI AKU SUDAH JELAS AKAN MASALAH PENDUDUK FELDA GENERASI KEDUA FELDA SUHARTO.

BN MENDAKWA ORANG-ORANG FELDA ADALAH ANAK EMAS BAGI BN
TETAPI SOKONGAN YANG DIBERI PENDUDUK FELDA KEPADA BN TIDAK SETIMPAL DENGAN APA YANG MEREKA DAPAT

CONTOH 

1. BN MENDAKWA INGIN MEMBANTU DENGAN PERUNTUKAN SEBANYAK 10 RIBU 
SOAL NYA " MEMBANTU " TETAPI IA DISEDIAKAN DENGAN KOS PENGURUSAN SEBANYAK 2 RIBU .
INI SALAH SATU SKIM BN MENYEDUT DUIT ORANG FELDA SECARA TERANG
NAMA PUN MEMBANTU MENGAPA PERLU SEDUT 2 RIBU ITU ?

2. GAJI ORANG FELDA RM 1500 SEBULAN 
DENGAN KEHIDUPAN DI FELDA MEMANGLAH CUKUP
WAL HAL GAJI YANG BOLEH DIPEROLEH OLEH ORANG FELDA ADALAH RM 4 KE 6 RIBU
DENGAN HASIL KERJA ORANG FELDA YANG GIGIH.
TETAPI BN TELAH CONTROL MINDA MEREKA DAN HANYA BAGI TAKAT CUKUP-CUKUP MAKAN SAHAJA.

3. BN DENGAN SOAL KECUAIAN INI MEMANG SINONIM
CUAI SANA CUAI SINI
HAK KEPADA GEN KEDUA BN BUAT MAIN2 SAHAJA.
PEMBANGUNAN DARI SEGI TAMAN REKREASI SANGAT LEMBAB
INI SEMUA ATAS ALASAN KECUAIAN

4.SOAL TANAH YANG TERBIAR TIDAK DI JAGA BN , LANTAS DIJUAL KEPADA CUKONG CINA , WAL HAL TANAH ITU HAK PENDUDUK FELDA. 
AKIBAT KECUAIAN BN YANG BUAT KERJA MAIN-MAIN TANAH-TANAH DI FELDA INI UMPAMA MAINAN BN UNTUK BUAT DUIT SAHAJA TANPA BERFIKIR KEPENTINGAN PENDUDUK

5. FELDA INI UMPAMA TAMAN PERMAINAN BN UNTUK MENIPU HARTA/HAK/DUIT/TANAH PENDUDUK

NAIB KETUA AMK CABANG HULU SELANGOR MOHD HAFIZ BERKATA "PENDUDUK FELDA HARUS BANGKIT MENGAMBIL HAK ANDA YANG TELUS"

AKU BERTANYA PADA KETUA AMK CABANG HULU SELANGOR INI
FELDA YANG MANA PALING TERUK DI TIPU BN ?

BELIAU MENJAWAB SEMUA FELDA DI TIPU OLEH BN YANG PALING SEDIH ADALAH FELDA SUNGAI BUAYA.





PENDUDUK FELDA SUNGAI BUAYA PERLU DISELAMAT KAN DARI TERUS DI TIPU BN! ! !



WAHAI ORANG-ORANG FELDA BERINGATLAH APA YANG DI BERI TIDAK SETIMPAL DENGAN SOKONGAN ANDA .
CELIK LAH WAHAI ORANG-ORANG FELDA HAK ANDA LEBIH DARI APA YANG ANDA DAPAT SEKARANG.

WUJUDKAN LAGI PEJUANG-PEJUANG SEPERTI MOHD HAFIZ UNTUK MEMBELA NASIB ORANG FELDA








Rabu, 9 Mac 2011

Ia adalah prinsip hidupnya iaitu apa sahaja yang berlaku, "Kita mesti lawan, menang dan berupaya untuk bangkit semula," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku biografinya, 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' di Kuala Lumpur, petang semalam.-mk





MAHATHIR KONONNYA MENGATA ANWAR DI BUKU HASIL PENULISANNYA SENDIRI 
"APA PUN KENA BACA DULU LA BARU TAHU"

ISI KANDUNGAN BUKU INI MENGANDUNGI KISAH-KISAH ZAMAN KANAK-KANAKNYA ,   PENGAJIAN BELIAU DI UNIVERSITI , SLOT PERCINTAAN BERSAMA TUN DR SITI HASMAH

ISI YANG BERAT SEPERTI :

OPS LALANG
BADAN KEHAKIMAN
ANWAR SEBAGAI TPM (WAKTU ITU)










Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.

Katanya, beliau tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar oleh Mahathir dan menegaskan bahawa masyarakat celik terhadap motif Mahathir untuk terus menyerang beliau.

Ketuan umum PKR itu berkata pembohongan Mahathir terserlah dalam buku Doktor Dalam Rumah, khususnya apabila mendakwa beliau (Anwar) tidak menafikan tuduhan liwat terhadapnya apabila perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum dia di pecat dari parti.-
mk









BARRY WAIN:MALAYSIA MAVERICK SEBUAH BUKU YANG BUKAN DI KARANG OLEH DSAI TETAPI ISI KANDUNGAN BUKU INI MENCERITA KISAH ZAMAN MAHATHIR MEMERINTAH MALAYSIA .

DAKWAAN PEMBACA BUKU INI BANYAK PENDEDAHAN KISAH MAHATHIR SEWAKTU MEMERINTAH.



TUN ADA QUOTE "KITA MESTI LAWAN,MENANG DAN BERUPAYA BANGKIT SEMULA"
KATA-KATA TUN ITU NAMPAK SIGNIFICANT PADA ? (DSAI) 



 AKU SARANKAN BACA LAH KEDUA-DUA BUKU INI
UNTUK KESINAMBUNGAN SEKATA


   


Selasa, 8 Mac 2011




Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri AnwarIbrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.

Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'.
NONEKatanya, buku itu jelas merupakan satu percubaan untuk mensensasikannya untuk mengaut keuntungan, maka oleh itu, beliau tidak membacanya, tetapi khabar angin tentang Anwar tidak pernah berakhir.


SOURCE - mk



IA ADALAH AUTOBIOGRAPHY TUN.
DARI TUN MEMBUAT KHABAR ANGIN TENTANG DSAI YANG MEMBERI KESAN BURUK KEPADA RAKYAT ELOK TUN PERSOALKAN "HOW TO REDUCE CORRUPTION IN MALAYSIA" DI BUKU ITU.

KENYATAAN TUN MENGHANCURKAN LAGI PROFESIONALISM TUN SEBAGAI SEORANG "TUN"

JIKA HENDAK BERCERITA , TUN SENDIRI PUN ADA KISAH SILAM YANG MELIBATKAN NYAWA RAKYAT MALAYSIA SENDIRI.

SOAL MEMALI 1987, RASUAH BILLION2 , OPS LALANG , TAHANAN ISA 
SAPA MAU JAWAB ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?


MAKA TINDAKAN TUN INI TAMPAK MURAH DAN TIDAK MEMBINA.


WALAUPUN PUN HANG "TUN" 
NAK BUAT LAGU MANA .
KATA2 HANG MEMPENGARUHI RAKYAT MALAYSIA

TETAPI RAKYAT MALAYSIA KINI TIDAK LAGI BUTA TULI

JIKA DULU HANG CAKAP KAMI IKUT 
LA NI HANG CAKAP KAMI PIKIAQ KAJI DULU BARU BOLE PROCEED


PEACE TUN 

Rabu, 2 Mac 2011

YA Muhammad s.a.w

KISAH NABI MUHAMMAD SAW DI ZAMAN JAHILIAH

Zaman Jahilliah sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW juga dikenali sebagai zaman kegelapan. Jahil membawa maksud bodoh, tak tahu dan sebagainya. Di zaman ini mereka tak punya undang-undang. Mereka bebas melakukan apa sahaja berzina, minum arak, membunuh, menanam anak perempuan hidup-hidup, perempuan dijadikan bahan melepaskan nafsu seks semata-mata, menyembah beratus-ratus berhala dan sebagainya. Mereka bersifat zalim, ganas dan rakus.

Semua yang aktiviti dijalankan dengan mengikut hawa nafsu semata-mata demi untuk mendapatkan keseronokan dan hiburan hinggalah kedatangan seorang Rasul yang membawa cahaya dari Allah Taala.





Cubalah anda bayangkan anda salah seorang Jahilliah yang bebas melakukan apa sahaja dan kemudian datang Rasullullah SAW yang berkata, haram berjudi, haram minum arak, haram membunuh, haram itu dan haram ini. Semua aktiviti melempiaskan nafsu selama ini diharamkan. Saya yakin anda akan berkata, tiada siapa yang akan menjadi pengikut Muhammad SAW. Pada kita semua yang diharamkan itu tak masuk akal. Bukankah seronok minum arak hingga boleh mengkhayalkan dan berada dalam dimensi yang lain? Bukankah seronok menyakitkan orang lain dan melihat orang lain berada dalam kesakitan? Bukankah seronok melakukan seks secara bebas?



Pasti anda berkata, tiada siapa yang akan menjadi pengikut Rasullullah SAW. 



Tak cukup dengan itu kemudian Rasullullah berkata hendaklah kamu mendirikan solat, wajib berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, kalau ada lebihan duit dan cukup haulnya maka hendaklah kamu menunaikan zakat, menunaikan haji, berbuat baik terhadap perempuan dan hamba, terhadap ibubapa dan sebagainya. 



Saya yakin anda akan berkata sudahlah Nabi haramkan itu ini, ini tak boleh itu tak boleh, lepas tu dia suruh pulak kita buat itu ini. Dia cuba merampas kebebasan kita, merampas harta kita, merampas keseronokan kita.



Pasti anda akan berkata dengan penuh yakin, tiada siapa yang akan menjadi pengikut Rasullullah!



Dan Nabi pasti akan menemui kegagalan dalam usahanya itu.



Namun demikian tanpa disedari pengikut Nabi semakin hari semakin bertambah. Kemudian dalam Perang Badar 313 orang pengikut Islam turut serta. Dalam perjanjian Hubaidiah yang nyata berat sebelah terhadap Islam itu seramai 10,000 pengikut turut serta, setahun selepas itu seramai 124,000 orang telah menjadi pengikut Muhammad SAW dan sehingga kini 1,800,000,000 penduduk bumi telah menjadi umat Islam pengikut Nabi Muhammad SAW. 



Umat Islam yang kebanyakannya percaya kepada Allah dan Rasulnya, percaya yang arak, judi dan seks bebas itu haram, patuh kepada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.



Dalam ertikata lain, ugama Islam adalah ugama penyerahan, ugama kepatuhan, ugama hati. Ia bukan untuk orang yang berfikir secara logik, rasional akal. Saya rasa tak perlulah saya berhujah dengan panjang lebar tentang pelbagai topik yang lain kerana pintu masuk keislaman adalah di hati anda. Saya yakin semua persoalan manusia terjawab dalam ugama Islam dan tiada apa yang hendak diragukan.



Persoalannya, adakah anda seorang yang lebih zalim, ganas dan lebih rakus dari orang di zaman Jahilliah? 



Pastinya tidak.



- Kalau sekadar berpakaian seksi, bermata biru dan berambut merah.

- Kalau sekadar mengambil dadah, minum arak dan berjudi sembunyi-sembunyi.

- Kalau sekadar menjalankan seks bebas di luar pengetahuan mak dan bapak.

- Kalau sekadar menjadi gay dan lesbian.

- Kalau gagal melawan nafsu untuk melaku semua ini.



Kerana anda tak membunuh secara sesuka hati, kerana anda tak membunuh anak perempuan hidup-hidup dan hidup bebas tanpa undang-undang.



Kalau dibuat perbandingan kejahatan anda hanya sekelumit dari apa yang dilakukan oleh kaum Jahilliah. Kalau kaum Jahilliah melihat anda dengan kejahatan yang anda lakukan pada hari ini maka mereka pasti akan gelak terbahak-bahak dan terguling-guling kerana merasakan kejahatan yang anda lakukan sekadar di celah gigi mereka. Buat malu je!



Persoalannya di sini kalau orang Jahilliah juga akhirnya boleh memeluk Islam dan patuh kepada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya kenapa tidak anda?
- source cintaiilmu


Sejarah di atas boleh di kaitkan dengan keadaan politik/PEMERINTAH malaysia?

PENDAPAT AKU BOLEH!
KERANA PETIKAN DIATAS ADA BEBERAPA PERSAMAAN DENGAN KEADAAN MALAYSIA KINI .

Sabtu, 26 Februari 2011

High ligHt







Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengecam pengamal media khususnya media arus perdana kerana dikatakan tidak demokratik dan tidak bersikap adil dalam membuat liputan parti pembangkang. 

Hadi berkata sehingga kini BN terus menggunakan sepenuhnya media arus perdana seperti Radio Televisyen Malaysia, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian bagi menentang pembangkang. 

Bercakap kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau, Hadi berkata BN turut menggunakan sepenuhnya media milik kerajaan semasa kempen pilihan raya. 

"Ini tidak demokratik dan sebab itu keputusan pilihan raya tak boleh diukur kerana rakyat tidak mendapat semua maklumat. 

"Media termasuklah SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) masih ada terang-terang di sini...pegawai-pegawai yang berpihak kepada BN dalam SPR yang mengurus dan menjamin BN menang melalui daftar pemilih," katanya. 

- Bernama

Isnin, 21 Februari 2011

aku tak puas hati! aku nak jugak!

laksanakan!! hang fight tuk dapat kami pun sokong hang fight  !



Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari yang sedang bergelut dengan siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu (M) Berhad, kini berazam untuk menubuhkan akhbar sendiri yang benar-benar bebas, beretika dan profesional.

Untuk tujuan itu, beliau malah menjual tanah bernilai RM1.2 juta seluas 5 hektar milik keluarganya di Mentakab, Pahang yang kini merupakan ladang ternakan lembu.
"Ini bukan akhbar politik. Kita mahu tunjukkan sebuah akhbar sebenar yang bebas, beretika dan profesional serta tidak memihak kepada mana-mana pihak," katanya yang menjadikan kebebasan media sebagai agenda utamanya di NUJ.

Hata sebelum ini dilaporkan membentangkan kertas kerja pada forum tertutup bersama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bagi membincangkan hasrat menerbitkan akhbar khusus untuk orang Melayu, yang dinamakan Utusan Rakyat bagi menyaingi Utusan Malaysia.
Cadangan PKR untuk menerbitkan akbar itu - Utusan Rakyat - dilaporkan dipercayai mempunyai kaitan dengan kajian mengenai tahap sokongan rakyat kepada parti itu - yang turut dibentangkan - yang mendapati kira-kira 40 peratus membaca akhbar arus perdana.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hata menegaskan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik sebaliknya tujuan pembentangannya cuma bagi mendapatkan jaminan tidak dihalang menghadapi acara parti.

50,000 naskhah dicetak
Malah, tambahnya, permohonan yang sama dibuat kepada pihak Umno melalui sepucuk surat kepada ketua penerangan parti Melayu itu Datuk Ahmad Maslan.

"Bagaimanapun, Ahmad Maslan belum memberikan jawapan. Itu yang saya jumpa Nurul Izzah dulu," katanya sambil memberitahu sudah berjumpa dengan beberapa pelabur yang menunjukkan minat.
Tambahnya, akhbar bersaiz tabloid 14 halaman yang memfokuskan isu sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak itu dijangka berada dalam pasaran pada Mac depan dengan harga RM1.20 untuk edisi cetak dan RM10 sebulan untuk muat turun daripada internet.

Jika mendapat permit, Hata bercadang mencetak 50,000 naskhah setiap keluaran sebagai permulaan.

Buat permulaan, kata Hata, beliau akan dibantu oleh beberapa anggota keluarga terdekatnya yang berkhidmat secara sukarela.

Ditanya sama ada beliau akan berhenti daripada Utusan utuk mengepalai pasukan editorial akhbar baru itu, Hata berkata perkara itu tidak mungkin kerana beliau masih wartawan di akhbar Umno itu.

"Saya hanya membantu daripada aspek pengurusan. Untuk saya jadi wartawan, tak boleh. Saya kan masih wartawan Utusan," kata wartawanan kanan yang terkenal dengan kelantangannya itu.-mk














GUA MAU JADI WARTAWAN LU TAU!!!!